SIAPA TENAGA PENGAJAR TADIKA TENGKU ANIS 1?
![]() |
Guru-guru Tadika Tengku Anis Kampung Sireh adalah seramai 20 orang yang mempunyai kelulusan dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mata pelajaran yang diajar di Tadika Tengku Anis adalah seimbang antara akademik dan pendidikan agama. Pengajaran fardhu ain diadakan setiap hari Selasa dengan membawa murid-murid ke Masjid Kampung Sireh. Setiap pagi akan diadakan kelas Iqra’ selama sejam bagi mendedahkan murid-murid dengan Al-Quran sejak di tadika lagi. Program ini sangat berkesan kepada murid-murid 5 tahun dan 6 tahun.
APA KELENGKAPAN TADIKA?
![]() |
![]() |
Tadika Tengku Anis Kampung Sireh mempunyai peralatan pembelajaran yang lengkap dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Tadika ini mempunyai Perpustakaan Permainan ‘ I-Play Toy Library’ yang ditubuhkan pada bulan Mac 2008 di mana Perpustakaan I-Play ini disumbangkan oleH Yayasan EMKAY di bawah YBhg. Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal bin Abu Bakar selaku pengerusi MKLAND.
BERAPA YURAN TADIKA?
Murid-murid Tadika Tengku Anis akan dikenakan bayaran yuran bulanan sebanyak RM 80.00. Yuran bulanan ini turut mengambil kira harga bahan makanan (bahan mentah) dan peralatan pembelajaran yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di tadika ini.
BILAKAH IANYA DITUBUHKAN?
Tadika Tengku Anis 1 telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1988 dan mula beroperasi pengambilan pelajar pada 1 Januari 1989. Tadika Tengku Anis adalah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan merupakan Penaung tadika ini. Manakala Pengerusi Tadika-tadika Islam YIK ialah YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin bin Ismail merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.